Projek IC Hassnar_Ebrahim

Hassnar Ebrahim mendedahkan bahawa dia dan lain-lain telah membantu beribu-ribu rakyat asing mendapatkan kad pengenalan . Jabar Khan salah seorang pengasas Parti Bersatu Sabah juga terlibat membantu rakyat Filipina dan Indonesia untuk mendapatkan kad pengenalan.

Kira-kira 1.75 juta orang asing di Sabah termasuk lebih 322,903 orang warga asing telah mendapat kad pengenalan Malaysia melalui Projek IC atau “Kad Pengenalan Projek M”. Projek M dikatakan bermaksud Projek Mahathir, di bawah seliaan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayob. Penduduk Sabah melonjak sebanyak 363% dari 648,693 pada 1970 kepada lebih 3 juta pada 2005 berbanding negeri Sarawak yang hanya naik 135% dari 976,269 kepada 2.3 juta. Dari penduduk yang kurang daripada Sarawak, kini melebihi Sarawak hanya sejuta orang.


Pada 1999 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Hassnar mendedahkan bahawa beliau telah diarah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menemui Datuk Megat Junid Megat Ayob untuk mengambil borang memproses kad pengenalan untuk merekrut warga asing Filipina dan Indonesia dengan tujuan untuk meramaikan pengundi Islam setelah Harris membayar sejumlah RM2 juta kepada Megat Junid untuk tujuan berkenaan.[2]

Hassnar turut mengulangi dakwaannya dalam buku ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’ tulisan Mutalib MD di halaman 435, bahawa beliau sangat berharap agar dakwaannya bahawa isteri Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Hassan Alban Sandukong yang bernama Datin Nurfideri sebagai ‘Datin Pendatang Haram’ dapat disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.


Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Samson Chin (PBS) mendedahkan , nisbah penduduk Sabah dan PATI ialah 1.5:1.7 .Beliau dikatakan merujuk kepada Jabatan Perangkaan. Hal ini ada kaitan dengan tuntutan Filipina terhadap Sabah. Jika Filipina menuntut semula negeri Sabah, pastinya rakyatnya di sini kembali menyokong negara asalnya Filipina.

Parti-parti komponen Barisan Nasional termasuk PBS, United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), Sabah Progressive Party (SAPP), Liberal Democratic Party (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) lantang menyatakan kebimbangan mereka mengenai Projek IC dan PTI ini. Sebenarnya Umno mahu memastikan komposisi penduduk Sabah beralih daripada majoriti Kadazandusun kepada Melayu Umno.[3]